Tomyam RM12 πŸ˜‹

Assalamualaikum semua. Hope that you all in a good condition.
 Ameen, Alhamdulillah. 

Macam mana semua lepas PRU-14? OK tak semua? Hehe. Tahniah kepada Pakatan Harapan yang menang PRU-14 semalam. Semoga dengan kerajaan baru ni, semua nya akan jadi lebih baik. Moga segala urusan kita dan negara Malaysia dipermudahkan. Ameen. Tahniah sekali lagi Tun M!

back to the topic gengggggggg

Okok! Tomyam? Tomyam Rm12? 
😱😱😱😱😱😱😱

Mesti korang pelik kan tomyam RM12? Mahalnya. Tapi ada certain people, they just okay with the price. Tapi bukan nak cerita tentang harga mahal. Tapi nak cerita kenapa harga dia mahal. 

Tanggal 8 Mei 2018, hari Selasa aku ganti puasa untuk hari yang terakhir. Uish dah nak dekat Ramadhan baru sibuk nak ganti puasa hehehe. Okay, masatu aku teringin nak makan mee celup dekat Seksyen 15. Tapi sampai-sampai kedai tutup. Lepastu aku dengan kawan aku bercadang nak ke Cendol Bakar dekat Teras Jernang. Tapi, tutup juga. Masa tu aku memang feel exhausted and dehydrated gila. Sebab dah pukul 7.30 p.m. tak berbuka puasa lagi. Aku masatu takyah cakaplah, rasa lembik tu kalau dapat air 100plus mesti energized gila! Kawan aku cakap, takpe nim depan tu ada kedai makan. Sikit lagi nim. Aku berhenti berjalan dekat kedai runcit. Beli air kotak untuk buka puasa dulu. Lepastu aku teruskan perjalanan sampailah aku berkenan dengan signboard kedai ni. "Sophia Bangkok Cuisine".

Aku ajak kawan aku masuk kedai ni. Masuk-masuk nak order peh terkejut beruk orang kata. Harga mahal betul makanan kat situ. Kawan aku pula, Aisya bergantung duit dengan aku. Aku pula ada lah dalam RM30 dalam purse. Aku bisik dekat kawan aku, "Aisya, lupakah dikauuuu bahawa kita tiada cukup cash untuk makan di sini?" Dia pun tepuk dahi lupa takde duit. Hehehe. Tapi geng, kami bukan takde duit tapi sebab dah bajet nak makan dekat mee celup tu so RM30 tu sangat cukup untuk kami berdua. Lepastu, kami decide nak makan tomyam. Tawakal jelah. Kami nak makan tomyam, tapi banyak sangat jenis tomyam dia. Jadi aku pun mulakan kerja-kerja menyiasat di google. Akhirnya kami pilih Tomyam Poktek tanpa susu/santan. Tunggu lama lah jugak. Aku dengan rasa penatnya tu, rasa nak marah bila makanan siap lewat. Last-last sampai jugak.

Menu yang sampai di meja kami, Tomyam Poktek, nasi putih 2 pinggan, telur dadar, air kelapa dan air teh o ais. Makanan sampai, aku rasa impressed. Sebab dia hidangkan tomyam RM12 tu dalam periuk klise tomyam yang dalam gambar tu. Memang portion besar. Kongsi dua orang memang puas hati. Kami pun memang hantu tomyam, so laju je. Tomyam sampai, aku kata aku nak try dulu. Takut kecewa ke kan. Dah selesai rasa aku terus amek nasi makan. Memang sedap. Udang, sotong dan ayam dia fresh lagi besar serta banyak dalam periuk tu. Memang puas kami makan. Masih ingat lagi aku dengan kata-kata Aisya. Dia kata "baru aku faham kenapa tomyam ni RM12".

Dah selesai makan aku cakap aku nak bayar ni. Nak tawakal kejap. Alhamdulillah cukup duit nak bayar. RM25 je untuk makanan tu. Lepastu poket kosong. Aku request GrabCar guna debit card. Pakcik grab tu cakap orang kaya ni guna debit card. Dalam hati kecilku meronta, "Pakcik tak tau ke kami kehabisan duit dalam poket? Hmmmm".


Korang boleh try visit Sophia Bangkok Cuisine tu. Menu dia macam menu dekat Boat Noodle tapi boat noodle tu takde lah. Macam Kra Pow Pad Thai tu ada dalam menu dia. Jangan risau bayar mahal, Memang affordable. Portion besar dan puas hati. Lepasni aku ingat nak ajak family pulak makan dekat situ. Location, korang search je Sophia Bangkok Cuisiine. Kalau tak jumpa, search Perniagaan Teras Jernang. Kedai dia opposite dengan bangunan perniagaan tu je. Sebelah kedai makan tu ada kedai bundle & reject. So apa lagi tunggu guys? Go and try their dishes. Menjilat jari! Hehehe.


XOXO! Hanim Anuar. 

Comments

Popular posts from this blog

Tekanan Darah Rendah πŸ’‰πŸ’‰πŸ’‰

Badak Berendam

Girl's School πŸ’