Girl's School 💁
Assalamualaikum dan hi semua!
Sihat tak? Moga kalian berada dalam perlindungan Allah. Ameen, inshaAllah.
Ya, untuk entry kali ni aku nak berkongsi kisah "Girl's School". Kenapa "Girls's School"? Meh baca sampai habis, hihu.
Aku dari kecil disekolahkan di sekolah sejenis, jenis apa ya? Haha jenis perempuan lah. Tapi masa tadika, tadika campur lelaki dan perempuan. Sebenarnya masa nak masuk darjah satu tu, ayah aku dah daftarkan aku ke sekolah yang terdekat, tapi tak tahu macam mana guru besar tadika aku tu dia pergi register nama aku kat Methodist Girl's School 1. Sekolah tu agak jauh lah dari rumah, dalam setengah jam kalau naik motor. Tapi alhamdulillah pergi sekolah naik bas. Makan masa 45 minit jugaklah dengan bas sebab uncle bas tu pergi hantar budak kat sekolah lain lagi kan.
Methodist Girl's School 1 Malacca (MGS 1),
terima kasih kerana telah mendidikku menjadi seorang yang berguna. Banyak kenangan dekat sekolah ni. Dari darjah satu hinggalah darjah enam. Aku masih ingat, masa cuti kalau tak silap, cuti darjah satu di mana cuti tersebut ialah cuti hujung tahun. One pasrt of my school building, broke down. Jadi masa darjah dua, sekolah aku jadi sesi petang dan tumpang sekolah sebelah. Sekolah sebelah tu Methodist Girl's School 2. Dulu MGS 1 dan MGS 2 ni bersaing kuat juga lah. Tapi kami selalu kata MGS 2 lagi pandai. Ya Allah, tetiba rasa nak nangis ingat kenangan dulu. Tak sangka dah besar panjang macam ni. Dulu seronok, dapat kawan dengan budak-budak pandai. Bond dengan cikgu pun kuat. Sampaikan kalau ada hari ambil buku rekod, parents dah macam kawan dengan cikgu. Seronoknya jadi budka sekolah rendah! Lepastu masa darjah 3 sekolah aku dah siap renovation semuanya. Dapat gunakan kembali sekolah ku yang tercinta. Aku masih ingat kejadian aku cakap sekejap dengan kawan aku dalam kelas, ustaz Rahim (cikgu kesayangan kitaorang dari darjah 1 hingga 6) jerit nama aku suruh berdiri luar kelas. Ya Allah betapa sedihnya aku rasa tak adil, kawan lain pun bising tapi aku yang tengah consentrate dengan kelas dan hanya bercakap sekejap kena keluar kelas. Perasaan takyah cakaplah memang menangis teruk. Habis waktu agama, ustaz langsung tak pandang aku. Dia terus jalan masuk bilik guru. Esok harinya baru dia jumpa aku. Terpujuk jugaklah. He full of suprises. Dia kata dia marah sebab apetah aku sudah lupa dongggg. Tapi sebenarnya dia nak marah orang lain. Apelah, aku juga jadi mangsa. Banyak lagi kenangan, tak terungkap kalau nak buka cerita satu-satu. Sekarang, adik sedara aku pula yang sambung sekolah MGS dekat Kuantan. Adik-adik aku tak sambung tradisi aku. Entah kenapalah, haha. Cemburu juga bila adik-adik macam boleh buat pilihan sendiri, aku pula ditetapkan oleh ibu ayah. Tapi aku sedar, tetapan dari family tu lah yang buat aku boleh duduk di kerusi dalam bilik kolej di UKM ni. Hello, tak senang okay nak duduk atas kerusi dalam UKM. Tapi kerusi kat bilik kolej jelah, kerusi Majlis Perwakilan Pelajar tidak lah lagi, hehe.
Malacca Girl's High School (MGHS),
terima kasih juga telah memberi dan mencurahkan segala pendidikan dari tenaga gurumu kepadaku. Terima kasih kerana telah mendidik aku menjadi seorang pemimpin yang mampu buat kerha dua dalam satu. Terima kasih ku ucapkan. Dekat sini pula, tempat aku belajar duduk asrama. Bermula di asrama aku mula belajar cara hidup berdikari tanpa ibu ayah. Aku mula belajar yang untuk mencari kawan yang positif adalah tidak mudah. Dan aku bersyukur dan ingin berterima kasih juga kepada MGHS kerana telah menemukan aku dengan sahabat yang masih ada dengan aku hingga sekarang. Dan aku turut bangga, mereka juga sedang menjadi penuntut universiti awam di Malaysia. Tahniah sahabat. MGHS ni salah satu sekolah kluster kecemerlangan dalam Melaka. Biasalah kalau dengar MGHS nak bersaing dengan sekolah lain. Sekolah pun tengah bandar. HAHAHA. Nak cerita pasal belajar, aku bukan salah seorang pelajar yang pandai lah. Masa tingkatan 3 pun turun kelas. Satu geng turun kelas, engkau ghaseeeee? Haaaaa! HAHAHAHA. Tapi semua tu berjaya sampai masuk uni okay. Dekat MGHS pun banyak kenangan. Boleh kalau nak ungkap satu-satu tapi terlalu banyak. Cerita ringkas, aku pegang jawatan setiausaha dalam Badan Berunform Kadet Remaja Sekolah (KRS). Jadi penolong s/u masa form 3. Tapi naik form 4, jadi timbalan pengerusi. Naik form 5 terus jadi s/u. HAHAHA hidup aku ni penuh dengan s/u. Dekat asrama pun jadi exco asrama sebagai s/u. Memang gila lah. Naik form 6 pula jadi s/u untuk kelab form 6. Masuk PALAPES TD UKM pun jadi s/u peringkat batch sendiri. Allah. Sabar jelah. So far, MGHS ni best! Nak jumpa sekolah yang melahirkan ramai penyanyi boleh pergi MGHS ni. Produk dia semua aktif kokurikulum. Kepada abang-abang yang tidak bertemu jodoh lagi, bolehlah survey produk MGHS. Nak yang gedik memang ramai. HAHAHA taklah, biasalah tu kan perempuan kalau gedik.
Masuk UKM,
perasaan nak masuk UKM memang takut sebab tak pernah study campur lelaki dan perempuan. Ada pun, masa sekolah agama. Sekolah agama pun aku selalu ponteng. Hahahaha, sampaikan ustazah dah potong nama dua kali. Tapi, alhamdulillah masuk UKM okay je. Cuma mula-mula nak cakap dengan abang-abang pc kolej tu malu dan takut lah. Sekarang okay je. Malah lelaki di UKM ni semua nya masuk air. Otak kadang betul kadang tak. Kadang tu sampai sakit perut gelak masa borak.
Dewan MGS 1 |
![]() |
Pintu Depan MGHS |
XOXO! Hanim Anuar.
Comments
Post a Comment