Malam Anugerah Pelajar ke-21 💗

Assalamualaikum semua. 
Semoga kalian berada dalam keadaan sihat walafiat. Amin.

Harini aku nak berkongsi cerita tentang Malam Anugerah Pelajar (MAP) ke-21. MAP ke-21 ni dinner Kolej Tun Hussien Onn iaitu kolej kediaman yang aku sedang makan dan tidur sekarang. HEHEHE. So apa istimewanya dinner ni untuk aku kongsikan buat kalian? Istimewa dia sebab aku dapat join dinner buat kali pertama sewaktu berada di bumi UKM ni. Sebelum ni, dinner FEP pun tak dapat pergi sebab minggu nak dinner tu aku quit busy. Orang kata hectic week lah. So aku pun tidaklah pergi. 

MAP ke-21 started at 8.30 pm. Gimik pembukaan memang best gila. Aku bangga dengan bakat-bakat student UKM. Wish I can be like them. Cuma kena rajin sikit je. And what makes me so suprised is dinner ni dapat banyak sponsor! Banyak sangat-sangat. Aku terus cakap dengan buddy aku, "Rajin gila team pemasaran MAP ni!". Hadiah cabutan bertuah memang bukan biasa-biasa la. GoPro, laptop dan kipas angin. Aku macam wow lah! Oh, lupa nak bagitahu. Tema dinner ni "Glam Rock". Outfit masing-masing memang umphhh lah! Tapi aku je pakai biasa-biasa sebab takde masa nak pergi cari baju. Hehe. 

Persembahan untuk dinner semua best-best. Paling best suka tengok barisan felo menari kat depan. Cool yah! Plus! Ain Omar dari ROTU 39 ada menyanyi dekat depan. Dia nyanyi lagu Gemilang dari Ella, Ratu Rock Malaysia. Bangga ada sahabat pandai menyanyi dan tak malu untuk express bakat dia. Tahniah Ain! 

Next is MEP! What is MEP? I believe that all of us know what is MEP. Mep is Majlis Eksekutif Pelajar. MEP kali ni ada 3 orang dari team PALAPES TD UKM. Antaranya dari skuad ROTU 39 aku sendiri. Arisha Arihana dilantik sebagai MEP Pemerkasaan PALAPES dan Muhammad Najmi as MEP Sukan dan Rekreasi. Tahniah for both of you. You deserve it! Seterusnya, Ketua Eksekutif terbaru pula wakil dari ROTU 38 iaitu peringkat intermediate. Siapa yang bertuah tu? Of  course Tuan Marcus. Congrats Tuan. Rasa bangga KE dari wakil PALAPES walaupun bukan dari skuad sendiri. Sampaikan ada civillian update status kat Whatsapp "Tahniah KE wakil dari PALAPES. Moga dapat naikkan nama PALAPES sesuai dengan title KTHO as kolej PALAPES.

Other than that, nak cerita persembahan dari Nizam Laksamana. Korang kenal tak siapa abang Nizam Laksamana? Abang Nizam ni artis Gegarvaganza musim ke 2. Dah kenal tak? Tak kenal lagi? Okaylah, korang google dulu. Nanti mesti tahu jugak. My first expectation macam wow ada artis ya dinner ni. Tapi ada yang tak kenal abang Nizam. Tapi lepas dia nyanyi lagu dia baru orang macam teringat "Oh dia ni. Ohhhhh."' Haaaaaaaaaaa, klise nya lah korang ni. Best jugaklah persembahan dari abang Nizam. Student yang join MAP pun memang supportive sangat-sangat. 

Lastly, nak wish a BIG CONGRATS to my PENOLONG SETIAUSAHA!!!!!!!!! Sebab apaaaaaaaaaaaa? Sebab dia menang GRAND PRIZEEEEEEEEE! Laptop HP guys! Siapa nak bagi free? Alhamdulillah rezeki dia. Laptop lama pun dah uzur. (Husna, if you read this. Im sorry. Hehe) So macam aku pun happy for her. Murah rezeki dia. Kat situ parents dia dah tak perlu nak keluar duit beli laptop baru kan. Tahniah again Husna. Lepasni boleh bekerja dengan lebih efisien lagi. Hehehe. 

Okay, so that's all untuk entry dinner KTHO. Sebelum nak undur diri, I would like to share to you some of my picture of MAP ke-21. So, here you are!







Dessert of The Day!



Gambar ni tak lengkap sorang. Sedih FARA takde! Lain kali gather sama ya FARA!!!


Anis kata muka penat. HAHAHA. Sebab kami ada latihan sebelum ke dinner!

Okay guys! Hope that you guys enjoy reading my entry. Thanks a lot!


XOXO! Hanim Anuar.


Comments

Popular posts from this blog

Tekanan Darah Rendah 💉💉💉

Badak Berendam

Girl's School 💁