Laicikang 🍹


Hi everyone! Selamat Menyambut Ramadhan!

Dah fikir ke tu nanti bulan puasa nak buka puasa minum air apa? Aku terliur air laicikang buatan sendiri. Kalau kat rumah dah boleh gi beli bahan dah buat air laicikang ni. Bukan susah pun. Cuma duduk uni ni susah sikit. Transport dah lah susah nak dapat. Kalau nak gi beli brg naik Grab aduhai, berapa dah habis kat situ kan. Tapi serious cakap! Laicikang mudah sangat buat. Kalau aku, aku letak banyak bahan dalam air tu. 

Ha dah terliur ke tu? Jom tengok resepi sis.

BAHAN-BAHAN 
  • Air gula atau air sirap
  • Sedikit agar-agar berwarna
  • Barli yang telah direbus
  • Buah kabung
  • Buah laici ( dalam tin)
  • Sedikit isi cendol
  • Nata de coco (pelbagai perisa)
  • Kacang 
  • Cincau1 sudu besar katirah ( direndam selama 4 jam)
  • 2 sudu besar biji selasih ( direndam selama 5 minit)
  • 5 ke 6 biji buah kembang semangkuk ( direndam selama 5 jam)

Cara nak buat tu mudah aje. Korang campur jelah semua tu dalam balang air. Kalau aku, aku bancuh dalam mangkuk besar yang orang guna time orang datang rumah tu. Macam magkuk hiasan tapi khas untuk letak air lah. Geledah je almari perkakas dapur mak-mak korang tu. Confirm korang boleh jumpa bekas makanan yang unik hahahaha. Selamat mencuba! Mudah sangat nak buat.

XOXO! Hanim Anuar.




Comments

Popular posts from this blog

Tekanan Darah Rendah 💉💉💉

Badak Berendam

Girl's School 💁