Hostel Life 💚
Assalamualaikum dan hi semua! Hope that everyone is well! Ameen.
Entry kali ni nak merungkai kisah liku-liku kehidupan aku sewaktu di asrama dulu. Seperti yang pernah diberitahu, aku sekolah berasrama harian. Aku bersekolah di SMK Tinggi Perempuan Melaka. Aku sekolah kat sana dari aku tingkatan 1 sampailah tingkatan 6.
Kalau nak cerita kisah kenangan duduk kat asrama ni memang panjang. Mungkin hang laptop korang baca entry aku. HAHAHAHA! Taklah, gurau je. Aku nak cerita part yang best jelah dekat asrama ni. Sepanjang aku tinggal dekat asrama, tahun 2012 paling seronok dan ada juga kisah yang menyayat hati. Kita cerita yang seronok jela ya.
Tahun 2012, aku di tingkatan 3. Aku berkawan dengan kawan rapat aku di mana masih rapat hingga sekarang. Alhamdulillah persahabatan masih kekal. Banyak sangat nak cerita pasal form 3 ni. Sebab apa aku kata best tingkatan 3 ni sebab kita exam dulu dan ada banyak masa lapang lepas PMR sementara kakak senior sibuk nak SPM. Sebelum PMR, kitaorg memang banyak seminar dan program dengan sekolah lain. Sekolah aku ni sekolah bandar jadi orang kata memang terlalu expose dengan aktiviti luar yang dianjurkan oleh pihak sekolah, tuisyen bestari dan sekolah lain. Kami ni sekolah perempuan jadi memang gatal la kalau dapat jumpa lelaki tu. Tapi aku biasa-biasa je. Dari situ juga, aku dapat ramai kawan baru. Dan kawan baru aku dulu tu, ramai je yang masuk UKM sekali dengan aku. Alhamdulillah dan tahniah untuk mereka.
Sekarang memang nak tumpu dekat kehidupan di asrama. Form 3? Memang nakal. Bawa handphone, kawan-kawan fly keluar gi bandar. Adoiiii, nakalnya lah. Aku tak pernah pun fly sebab takut. Aku bukan takut dengan pihak sekolah, aku takut dengan mak aku. Korang bayangkan, kena buang sekolah, boleh merayu mintak sekolah lain. Kalau mak dah masam muka sebab kita malukan dia, dingin la deme hingga ke tua. Tapi bukan aku nak kata kawan aku tu jahat dan tak fikirkan mak ayah diaorg, tidak sama sekali. Diaorg cuma ada keberanian yang lebih berbanding aku. Aku ni memang penakut habis. Okay lupa nak bagitahu. Fly tu maksudnya keluar dri kawasan arama secara haram. Maksud yang lebih mendalam, cara diaorg nak fly tu sampai panjat pagar. Tapi batch aku takde panjat pagar. Sebab masa tu sekolah aku renovate pintu dekat kawasan padang. Memang takde pagar keliling padang tu. Sebagai penambah perisa sedap ke dalam resepi ni, padang pula menghala ke laluan jalan utama. Memang free-free jela dorang jalan menyelinap keluar.
Masa form 3 ni baru aku berkawan dengan budak kelas lain. Sebab dorm kami asing, budak rancangan khas asing dengan kawalan. Tapi ada budak kawalan tercampak dalam dorm rancangan khas. So kat situ masing-masing mula nak sesuaikan diri. Banyaklah cerita kalau nak cakap pasal kawan ni. Memang patah jari aku menaip. HAHAHA
Apa yang best kan, semua benda yang kita buat tu kita buat sama-sama. Sama-sama dengan kawan. Makan, mandi, kelas, study, homework, semua buat sama-sama. Okay, satu input baik aku nak bagitahu dekat sini. Duduk asrama tu bagus. Sebab student memang tak tinggal solat. Sebab apa? Kami solat berjemaah di surau. Dan kalau tiada arahan untuk ke surau, kami akan solat dibilik. Kat bilik pula ada senior kan. Memang dia jaga la solat kita. Aku bukan nak kata budak asrama tak tinggal solat, ada je yang degil dan malas. Tapi, keramaiannya tahu solat tu tanggungjawab sendiri dan kalau di bilik, masing-masing jaga diri sendiri dan kawan. Jadi kebarangkalian untuk tinggal solat tu rendah. Masing-masing dah besar, kalau nak tinggal solat tu mesti ada perasaan malu dengan kawan. Dia solat kenapa kita tak solat. Betul tak?
Mitos asrama. Apa mitos-mistosnya? Apa lagi kalau bukan kisah lagenda dan hikayat tentang asrama yang dulu dibangkitkan dan diceritakan semula. Betul tak? Baik dari cerita hantu lah, cerita senior dulu-dulu lah. Macam-macam hal lah.
Sebenarnya banyak lagi yang nak share, tapi aku kemengantukan dan kurang sihat. Minta tolong kalian doakan kesihatan aku ya. Terima kasih. Lain kalim inshaAllah aku sambung.
XOXO! Hanim Anuar
Comments
Post a Comment