Buku Baru 39

A positive attitudes can really make dreams come true. It did for me.
-David  Bailey-

Assalamualaikum lovelies. 
Nah sis bagi sikit positive quotes untuk hari-hari kita sentiasa positif. 

BUKU BARU 39? Ya. Buku baru 39. Masih ingat tak dengan entry aku tentang ROTU39? Nak sambung cerita ni. Hehe. Kenapa buku baru? Sebab kami dah mula untuk kembali naik dan menjadi lebih mantap untuk naik peringkat dari Pegawai Kadet Junior kepada Pegawai Kadet Intermediate. 


12 MEI 2018, SABTU

Sabtu lepas, kami melakukan aktiviti Log Relay. Apa itu Log Relay? Okay, meh sini nak cerita. Kami diberi dua kayu log, dua tong rahsia yang diisi pasir dan satu tayar 3 tan. 3 tan tu trak pengangkutan untuk tentera. Kemudian kami dipecahkan kepada 2 seksyen setiap platun. Sesi pertama, seksyen 1 setiap platun gerak dulu bertanding bawa barang-barang ajaib tersebut sejauh 2.4 km. Trek bermula dari markas PALAPES dan berakhir juga di markas PALAPES. Perasaan selepas Log Relay? Happy sebab dapat re-create bonding kami yang hampir berpecah dan hilang semangat. Dari situ kami belajar semula untuk bekerjasama dengan ahli-ahli seksyen. Alhamdulillah, semua skuad 39 happy dan bersemangat semula lepas aktiviti Log Relay. Selepas Log Relay, Tuan Ajutan kami minta 5 orang kadet yang terbaik dari setiap platun untuk lumba lari 10/100 meter. #BukurBaru39

Platun 1

Platun 2

Platun 3


13 MEI 2018, AHAD

Ahad semalam, ada Perbarisan Pemakaian Pangkat Peringkat Junior Siri 39. Aku terlibat dengan perbarisan tersebut. Jurulatih telah memilih seramai 25 orang untuk pemakaian pangkat. Kami diberi tanggungjawab untuk mentadbir skuad 39 yang baru. InshaAllah kami akan menggalas tanggungjawab tersebut dengan baik. Ameen. #BukuBaru39

Barisan Rank Holder Junior 39

XOXO! Hanim Anuar.



Comments

Popular posts from this blog

Tekanan Darah Rendah 💉💉💉

Badak Berendam

Girl's School 💁