#AppreciationPost ✨✨

Hi assalamualaikum sahabatku. Selamat Berpuasa! 

#HariNiBukaPuasaApa?

Ya, untuk kali ni aku nak buat "Appreciation Post"  gituuuu. 

Kenapa untuk entry kali ni aku nak buat appreciation post? Sebab aku rasa bersyukur masih ada kawan-kawan yang sudi tolong aku waktu susah dan senang. Aku tak sangka masuk uni boleh dapat kawan yang baik macam mereka. Aku sangka aku susah nak dapat kawan dekat uni life sebab orang kata aku ni jenis kalau orang lain tak kenal, mereka akan label aku seorang yang sombong. 

Pertama sekali, nak ucap terima kasih buat Team Sem 2:
Siti Sahalina, Intan Nur Mardhiana, Nurul Wadiah dan Nur Fatihah kerana sangat banyak membantu aku dalam pelajaran. Selalu kalau topik-topik yang susah dan juga tutorial memang Saha yang banyak membantu. Dia memang expert dalam pelajaran ni al maklumlah sem lepas deanlist! Tahniah sahabat. Buat Intan, terima kasih kerana selalu update kerja yang perlu dibuat. Kadang aku leka dek kerana banyak buat kerja dan juga enjoy. Intan dia punya expert dekat video. Kalau korang nak tahu, video kumpulan Melati yang kami present dalam kelas Aplikasi Komputer haritu, Intan yang banyak edit. Bab bloopers tu jadi betul dia buat. Wadiah, thank you because you always be there for me. Kalau nak pergi kelas tu memang satu jam awal dia dah whatsapp kita. Dia siap bagi arahan pukul 1 mandi, lepastu solat zuhur, lepastu pergi kafe beli pisang goreng, lepastu baru pergi kelas. Kalau korang nak tahu, aku kawan dengan Wadiah sejak 2012. Dan tak lupa juga guru subjek Akaun peribadi saya, Nur Fatihah a.k.a Cik Dukun. Kenapa panggil Cik Dukun? Sebab bila Teha mengantuk, kepala dia automatik jatuh ke bawah. Bunyi macam takde kena mengena kan? Tapi sebenarnya ada lawak disebalik nama manja dia tu. Terima kasih Teha sebab banyak ajar aku akaun. Dan terimas kasih juga sebab haritu masih melayan aku dan yang layan nak  pergi bazaar kat Putrajaya sedangkan kau ada kerja malam tu. Maaf Teha. Terima kasih semua. Aku doakan kalian dipermudahkan untuk menjawab peperiksaan nanti. Semoga yang tak dapat kita capai pada sem lepas, kita boleh capai. Ameen, InsyaAllah. 💙

Sem 2 ni sedikit berbeza la dengan sem 1 yang lepas. Apa yang tak biasa, dah kita biasakan. Dulu nak pergi makan dalam UKM ni takut-takut. Sekarang kita pula yang buat kecoh dalam kedai makan. Hahaha.

Dan tak lupa juga buat si tiga ketul kanak-kanak kecil di kolej! Anis, Fara dan Aisya. Dalam PALAPES, korang banyak tolong dan guide aku. Jujur aku kata, aku seorang yang lembik. Sikit nak sentap, sikit nak koyak. Ya, aku mudah ambil hati. Tapi nasihat korang ajar aku jadi lebih kuat. Dalam PALAPES kita satu keluarga. Luar PALAPES pun kita tetap keluarga. Tiga orang ni lah yang rajin kejut sahur dan ajak berbuka dan buat tarawih sama-sama. Terima kasih sahabat! 💚

Terakhir, aku nak minta maaf pada semua andai ada terlanjur kata sepanjang kita semua saling mengenali dalam kelas. Semoga kita semua boleh jawab exam dengan baik. Moga Allah terangkan hati kita semua.  Goodluck final exam everyone! Do the best for ourself, parents, lecturers and friends. InsyaAllah, Allah will help us. And not forgetting our Eid Mubarak! Jaga diri sepanjang bulan puasa, kita dah besar, jangan main mercun. Ingat, perjalanan hidup masih jauh. Kita tak jangka apa nak jadi dengan kita pada masa akan datang. Tahniah bagi mereka yang berjaya puasa penuh terutamanya pada lelaki lah haha. Jaga diri dan Selamat Menyambut Hari Lebaran semua. Terima kasih, Assalamualaikum. 

Wadiah, Hanim, Sahalina, Intan

Cik Melati, Cik Dukun, Cik Gedik

Aisya, Anis, Hanim

Aisya Si Manis, Aku dan Fara Cik Air Mata

Me and Saha. Bagi gambar lebih sikit sebab paling banyak tolong dalam study dan juga tidak study hahahaha!


XOXO! Hanim Anuar.


Comments

Popular posts from this blog

Tekanan Darah Rendah 💉💉💉

Badak Berendam

Girl's School 💁