WHISPER ENTERPRISE


Assalamualaikum everyone! Harap semua berada dalam keadaan sihat sejahtera. 
Amin.

Lama rasanya tak buat entry baru. Tapi takpe! Straight to the point!

Harini aku nak berkongsi cerita tentang projek keusahawanan yang perlu dibuat oleh semua pelajar tahun 1 yang mengambil kursus citra wajib universiti iaitu Asas Keusahawanan dan Inovasi. Nama kumpulan aku Whisper Enterprise. Ahli kumpulan aku ada 5 orang iaitu Wadiah, Sahalina, Intan, Irfan dan juga aku sendiri. 

Logo Syarikat Kami: Whisper Enterprise



Ahli Kumpulan Kami

Sebenarnya nak bagitahu, aku rasa bangga dapat edit gambar untuk carta organisasi tu guna Photoshop hehe. Tapi tak expert lagi lah, tu baru sikit. Okay nak cerita sikit tentang produk kami. Kami keluarkan produk payung dan inovasikan payung tu jadi inverted dan letak bahan chromium bahagian dalam payung. Bahan chromium tu boleh jadi glow in the dark pada waktu malam. Tambahan, kami cipta pemegang patung berbentuk C supaya mudah pengguna gunakan. Kalau banyak barang pergi pasar malam, boleh sangkut je kat pemegang C tu. Mudah bukan? So far, takde lagi yang pasarkan produk yang kami cuba inovasikan ni. Korang boleh tengok contoh payung tersebut dekat bawah. 👇👇👇👇👇👇

Contoh Produk Kami


ePoster Kumpulan Whisper Enterprise


Itu sahaja yang dapat kami persembahkan kepada lecturer kami dan rakan sekelas. Tapi tidak menang ke peringkat seterusnya. Alhamdulillah, bersyukur cause at least we did the best!

Okaylah itu je yang dapat aku share untuk entry kali ni. Thank you guys dapat luang masa baca entry ni sampai habis, Assalamualaikum!


XOXO! Hanim Anuar.



Comments

Popular posts from this blog

Tekanan Darah Rendah 💉💉💉

Badak Berendam

Girl's School 💁