Mid Sem Break!
Assalamualaikum sahabat 😇
Moga kalian sentiasa berada di bawah perlindungan-Nya. Amin.
It's been a week after mid sem break. Such a hectic week. Banyak presentation, assignment dan lain-lain. So macam mana dengan cuti mid sem korang semua? Mesti seronok kan? Dapat balik kampung jumpa mak ayah. Nak dengar tak cerita mid sem aku? Taknak? Eleh, taknak tapi tengah read post orang. Hehehehe. Ok ok aku nak share sikit cerita mid sem aku. Baca sampai habis okay?
ROTU 39
ROTU 39? Apa tu? ROTU stands for Reserve Officer Training Unit. 39 pulak apa? 39 tu batch. Kira macam aku ni rotu pengambilan ke 39 lah. ROTU ni dalam Bahasa Melayu nya PALAPES. What?!!!! Aku PALAPES? Ya, saya seorang kadet PALAPES. Okay. Apa kena mengena ROTU dengan mid sem break aku? Setiap kali mid sem, kami sebagai kadet PALAPES TD UKM akan terlibat dengan Latihan Berterusan (LB). LB ni kita buat latihan selama seminggu. Kira macam rutin mid sem break kami lah. Time korang dah nak balik UKM tu lah, waktu kami baru nak berehat dan balik rumah. Kesian kan? Tapi, PALAPES ni ajar kita menjadi seorang yang berguna. Memang agak tough sikit tapi pengalaman tu yang mahal.
Untuk LB kali ni, aktiviti kami ialah Abseiling & Repalling, Renang & Perapungan serta Escape & Evasion. Untuk Abseiling & Repalling, sangat-sangat best! Tak tipu. Tengok dari bawah, budak-budak hipster kata "ashe-ashe je". Sekali naik atas, Ya Allah. Seriaunya rasa. Untuk Abseiling & Repalling aku kena naik dua kali sebab gagal. Yelah, mula-mula kan gayat. Tak reti control break. Sebelum nak turun kena melapor dengan Pegawai Latih.
Assalamualaikum Tuan. Saya 7540045 Pegawai Kadet Wanita Nurnadhrahtul Hanim binti Anuar minta kebenaran turun, Tuan.
Lepastu turun la kita ke bawah. Aku sangat-sangat takut. Takut jatuh terhentak. In fact, aku masih rasa seriau masa type entry ni hahahaha. Lepas dah turun, jurulatih aku cakap naik lagi sekali faham? Gagal faham? Hehe. Lepastu kena melapor semula dengan Pegawai Latih, kira macam nak maklum dah selesai turun lah. Tapi, Apa yang jadinya, disebabkan aku masih gemuruh, aku tersasul masa melapor. Sepatutnya aku melapor no, pangkat, nama selamat turun, Tuan. Tapi aku cakap telah selesai turun, Tuan. HAHAHAHAHA. Pegawai panggil, Hanim meh sini lapor depan aku. Asalnya aku melapor dekat tempat aku mendarat tu. Lepas dah pergi dekat Tuan, dia tanya kau gagal ke lulus? Aku sengih je lah. Terus dia cakap, kau lapor penuh lepastu cakap selamat turun dan akan naik semula Tuan. Aku pun lapor lah seperti yang diminta. Untuk kali ke dua turun, aku lulus. Alhamdulillah. Lepastu kami solat zuhur dan makan tengahari. Lepas selesai semuanya, kami teruskan dengan aktiviti flying fox.
Flying fox sangat-sangat best. Masa nak ikat tali tu takut sangat kalau angin tiup kita masuk dalam tasik. Lepas dah siap ikat tali, dia terus tolak kita. Bestnya rasa. Masa nak landing tu jurulatih aku cakap wah pandai kau landing ya. Lepas dah landing dia buka ikatan kat badan kita. Dia kata "aku kira sampai 5 kau tak sampai kat atas, kau siap" Itu maknanya kau kena lari balik dekat tempat berkumpul. Dalam PALAPES ni semua benda nak kena buat dengan pantas. Tapi jangan risau lah, masa kau lari tu, jurulatih kau tak kira pun. Dia kira satu dua tiga je hehehehe. Dah selesai flying fox, kami semua berkemas untuk balik semula ke markas.Oh ya, lupa nak bagitahu. Markas kami di Pusat Kesatria UKM. Sampai je markas, aku terus cari port untuk tidur. Penat.
Aku share sedikit gambar untuk korang ya.
![]() |
Melapor dengan Pegawai Latih |
![]() |
Skuad aku. ROTU39 |
Untuk latihan Renang & Perapungan dengan Escape & Evasion aku tak ikut. Aku ada emergency malam latihan Abseiling & Repalling tu. Tapi apa-apa pun aku nak share gambar skuad aku yang dah berjaya habiskan latihan yang sangat-sangat menguji metal dan fizikal. Tengoklah mana yang cantik dan handsome tu. Jangan ingat PALAPES takde yang cantik cantik eh. Ada dua bidadari dalam skuad kami. Hehe.
Family? Kenapa family? Korang perasan tak dekat bahagian ROTU 39 aku mention aku ada emergency? Ha, ni nak share dengan korang. Emergency tu, pakcik aku yang paling rapat dengan family aku dah meninggal dunia. Pukul 3.30 a.m parents aku datang amek aku dari Melaka ke Bangi. Kemudian kami terus bergegas ke rumah pakcik aku. Sedih dan sangat terasa dengan pemergian arwah. Arwah ialah seorang insan yang senang untuk mintak tolong. Nasihat dari arwah memang superb weh. Supportive sangat-sangat. Alhamdulillah, urusan post-mortem, mandikan jenazah dan pengebumian dipermudahkan. Arwah seorang yang sangat baik. Kalau nak cerita tentang kebaikan arwah memang takkan habis. Cuma kat sini sangat-sangat kesian dengan isteri dan anak-anak arwah. Kehilangan suami dan bapa. Tapi, kami sekeluarga dan saudara-mara yang lain support keluarga arwah agar terus kuat. Aku dan family stay untuk dua tiga hari untuk tolong isteri arwah uruskan apa yang patut berkaitan arwah. Alhamdulillah semua tu pun dipermudahkan. Lepas tiga hari, aku balik ke rumah aku di Melaka sebab adik-adik aku sekolah. Aku pula beruntung sebab tengah mid sem break. Adik-adik aku habiskan sekolah sampai hari Jumaat dan Sabtu kami ke rumah arwah semula. Keesokkannya, parents aku hantar aku pulang ke UKM. Cukuplah seminggu cuti mid sem aku. Sahabat, aku nak minta jasa baik kalian untuk sedekahkan Al-Fatihah ke arwah pakcik aku. Azhar bin Abd Ghani. Terima kasih korang. 😊
Begitulah kisah cuti mid sem aku. Korang pulak macam mana? Jom drop comment kat bawah, share cerita cuti mid sem korang. Aku pun berminat nak tahu juga. Terima kasih pada yang sudi baca entry ni sampai habis. 😘
Okay guys, jumpa di next entry.
XOXO! Hanim Anuar.
Comments
Post a Comment