STPM Life!

Assalamualaikum and hi guys! Semoga korang semua sentiasa berada di bawah perlindungan-Nya. Amin. 

Harini aku nak share sikit pengalaman dan memori sewaktu belajar di form 6. Form 6 at first memang tak best. Yelah masatu kan baru habis SPM. So semua aim nak masuk uni. Tak kira la result okay ke tak okay ke. Semua memang berangan nak dapat masuk uni. Masatu semua cakap form 6 ni last choice kalau tak dapat panggilan uni. Termasuk la aku juga masa tu berkata-kata sebegitu juga. Berlagak la kan. Haih. Akhirnya uni tak panggil-panggil. Aku pun sambung jelah form 6.

Rintangan dalam Form 6
Masa permulaan masuk memang semua akan cakap apalah bodoh masuk form 6. Tak dapat uni la tu. Paling sedih bila orang yang sepatutnya support kau tapi tak support kau, dia kutuk dan perlekehkan lagi taraf pembelajaran kau. "Alah masuk jela mana mana uni. Setakat sekolah tu bila-bila boleh berhenti" Masih fresh lagi kat tepi telinga aku ni. Dalam form 6 ni kau pedih telinga dengar orang kata form 6 tak bagus. Sebab duduk sekolah. Itu je main point diaorg ni. Masuk form 6 hati dan mental kena kuat tahan telinga dengar benda-benda negatif macam tu.

Pengalaman yang Menyeronokkan
Serius dalam form 6 ni kau boleh belajar macam macam. Kata cikgu-cikgu aku, student form 6 ni lebih tersedia untuk masuk uni. Kita akan biasa dengan cara pembelajaran dekat uni sebab dekat form 6 pun memang diterapkan cara pembelajaran dekat uni. So bila dah masuk uni, takdelah berlakunya kejutan elektrik dikalangan pelajar. Hehe. Lagi, kata cikgu aku, pelajar form 6 ni lebih diutamakan dalam pemilihan kemasukan uni. Biasalah setiap uni kan akan buat tapisan dan sebagainya. So dari situ, pelajar form 6 didahulukan. Macam itulah. Tapi bila dah masuk uni ni, aku jumpa ramai lepasan matriks daripada form 6. Hmm tak tahu lah. 

Cara Belajar di Form 6
Korang nak tahu ke cara aku belajar masa form 6 dulu? Haha. Pelajar last minit guys!!!! Okay mehla aku cerita sikit. First, environment kita, circle kita mestilah betul. Kenapa aku mention circle dekat sini? Sebab kalau circle kau tak berguna, kau pun akan jadi seorang yang tiada apa-apa di hari kemudian. Macam aku, aku berkawan baik dengan dua orang kawan aku. Memang kami bertiga jela berkepit sana sini. Tapi selain kami bertiga, aku bercampur dengan geng dan puak yang lain. Dalam kelas aku tak ramai. Kalau tak silap aku, kitaorg satu kelas ada 11 orang je. So kat situ, senang nak create bonding. Tak perlu ramai-ramai. Semak je. Bukanla nak kata ramai kawan tu tak bagus, cuma nak highlight lebih sikit orang kita bergaul, lebih senang nak communicate. Lebih senang nak cooperate. Tak banyak cerita. Tapi kalau yang jenis banyak mulut tu kau sepakkan aje. Dulu circle aku baik-baik belaka. Yang tak baik tu takdelah. Nak-nak lagi aku. Hm baik sangat. Huhu. Second, create competition among our circle. Competition yang macam mana? Competition yang healthy la. Bersaing secara sihat. Macam aku dulu, sem 1 belajar main-main. Masuk sem 2, main-main lagi. Tapi lepas keluar result sem 1, ada yang menangis, ada yang gembira. Masa tu semua dah kenal la siapa pandai, siapa rajin, siapa malas, siapa bagus dan siapa tak. Masatu baru masing-masing nak sedar dah tak boleh main-main lagi. Masing-masing dah mula belajar betul-betul. Tapi takdelah betul mana. Cumanya dalam kelas pay attention betul-betul. Bila buat latihan memang kecoh la dalam kelas. Goals kitaorg masatu nak berjaya sama-sama. Kalau boleh nanti time result keseluruhan keluar, taknak ada sape pun yang tak masuk uni. Masuk sem 3, cam biasalah serious. Orang kata uuu dah sem last tak boleh main main. Lastly, belajar lah last minute seperti aku. Tapi jenis aku, aku eager nak habiskan satu buku sehari sebelum hari exam. Aku tak macam last minute yang lain. Jenis aku, "Bukan selalu exam, so takkan lah tak boleh korban satu malam tak tidur untuk exam? Untuk diri kita juga" Tapi itu semua dulu. Indah indah belaka. 

So kesimpulan kat sini, belajarlah di form 6. Hehe. Takdelah. U guys boleh apply nasihat aku di cara belajar tu. Healthy competition tu bagus. Semua nak berjaya sama-sama. Form 6 ni takde yang buruknya. Kalau buruk, aku tak buat degree sekarang ni. Bukan nak sembang besar. Tapi kenyataan. Ramai je lepasan STPM yang berjaya masuk uni. Kita ni sedang mengejar wawasan 2020. Semua dah canggih, dah moden. Yang buruk diperbaikkan. Begitu juga kita. Takkan nak duduk dalam tempurung je. Ambil pengalaman tu. Adik-adik sis yang tak dapat uni tu janganlah sedih kalau tak dapat upu. Matriks dan form 6 ada. Habis belajar boleh terus sambung degree. Chill okay? Goodluck everyone! Dan goodluck untuk diri sendiri juga agar tabah melalui liku-liku kehidupan di universiti. Kuatkan mental. 

Goodnight and Assalamualaikum everyone!

XOXO! Hanim Anuar.

Comments

Popular posts from this blog

Tekanan Darah Rendah 💉💉💉

Badak Berendam

Girl's School 💁