Kesilapanku, Keegoanmu

Besar kesilapanku besar lagi kesilapanmu
Hampa yang kau rasakan hampa lagi perasaanku
Kau cuba menyatakan aku
Membuat kesilapan
Yang tak mungkin kau maafkan lagi
Ku tak mungkin kau perlu di sisi

Besar kesalahanku besar lagi keegoanmu
Berkali ku beri alasan berkali-kali kau menolaknya
Kau ingin ku menyatakan
Diri ini bagai lilin
Dan terbakar oleh perbuatanmu

Suasana sepi kini menambahkan bening
Di dalam hatiku
Mengadil silapmu biar di jiwamu aku telah tiada
Di waktu begini diusik kenangan silam
Yang bertandang
Lalu ku biarkan
Ia menabahkan hati ini

Kekasihku cukup engkau buat ku begini
Luka ini usah engkau berdarahkan kembali
Aku masih cinta padamu
Aku masih setia padamu
Kembalilah engkau padaku seperti dahulu

Di dalam rindu ku menangis
Di dalam kalbu ku terasa
Teringatmu di kala derita
Yang memisahkan kita

Di dalam sedu ku berseru
Yang terukir di dalam hatiku
Kekasih bukalah pintu
Untuk sekali ini
Aku cinta kepadamu


Haha hello guys! Assalamualaikum. Niat di hati bukan nak jiwang tapi tengah feel drama Lafazkan Kalimah Cintamu. 

Selalunya girls jelah yang layan drama Astro Ria ni. Aku bukanlah jiwang sangat tapi enjoy tengok drama tu. Kisahnya seorang anak dianaktirikan sejak kecil sampailah besar. Dah besar pun lepas dia berjasa dengan papa dia baru semua sedar kebaikan dia. Sedih weh, dari kecil tak merasa kasih sayang seorang bapa. Dalam masa yang sama kakak dilayan seperti ratu. Lagi satu salute habislah. Drama ni guna lagu Dato' Siti Norhaliza sebagai soundtrack dia. Memang klasik habis lah. 

Aku mula layan drama ni masa teman ibu simpul karipap depan tv. Ini serius ya guys. Bukan saja nak propa bagitahu aku teman ibu simpul karipap. Tapi teman jelah hehe. Lepastu aku jadi addicted tau nak tahu jalan cerita keseluruhan dia dari awal. Ibu pulak jenis record episode by episode. Memang marathon lah. Tak cukup kat rumah, dekat kolej pun layan guys! Mana nak tengok? Tengok je kat kepalabergetar.com. Harini 7 Mac 2018 episod 31. Malam nanti nak tengok pulak lepas pukul 10. Apalah kesudahan dia. Dari kecil diabaikan kerana menjadi penyebab sakit kanser payudara mama dia. Dah bahagia dia pula derita penyakit yang sama. Subhanallah. Semoga kita semua dijauhkan dari penyakit sebegitu. Amin. 

Anyone yang ter-read entry ni jemput-jemputlah melawat website kepala bergetar untuk tengok cerita ni. Korang tengoklah penderitaan dia. Sedih wehhh. Ketepikanlah sikap ego anti drama tu. Pegilah tengok. Mengalir air mata. Terbayang kalau ayah sendiri buang kita. Ah sedih.

Okay guys. Sampai situ je. Pergi tengok tau. Lagi best dari Black Panther haha kk gurau je. 


XOXO! Hanim Anuar.

Comments

Popular posts from this blog

Tekanan Darah Rendah 💉💉💉

Badak Berendam

Girl's School 💁