Homesick.

Assalamualaikum. Hi semua. Hope that you are in a good condition. 

HOMESICK?

Yes. Homesick.

Aku memang ada penyakit homesick ni sejak azali lagi. Dulu first time jauh dengan parents masa tu duduk rumah pakcik di Puchong lepas habis UPSR. Tahun 2009 masatu. Duduk rumah pakcik 2 minggu je. Berhubung dengan ibu ayah pun pakai mesej je sebab masatu takde Whatsapp bagai ni. First time ibu call lepas seminggu sebab demam. Peh masatu terus nangis. Tapi lepastu okay je sebab family pakcik aku loving-loving gitu. Happy family la kata orang. Tak terasa la jauh dengan ibu ayah sebab pakcikk aku memang perangai sebijik ayah. Cumanya ayah aku version garang and malas nak layan. Lepas dua minggu duduk rumah pakcik, ayah aku datang amek aku dari Puchong bawa ke Melaka. Masatu convert dengan adik sedara aku pulak la. Dia kena duduk rumah aku dua minggu jugak hihu. 

Tak habis kat situ. Kat situ still tak nampak lagi la keterukan homesick aku ni. Lepas dah balik Melaka. Dapat surat tawaran untuk masuk MGHS. MGHS? Apa tu? Malacca Girls High School. Ayah tanya "angah nak pegi sini tak? Kalau  nak, angah kena duduk asrama tau". Dengan confident aku jawab nak. Yelah masatu baru habis darjah 6. Fikir masuk asrama tu seronok. Jadi budak pandai. Hmmmm. Lain cerita bila dah masuk. 

First day ibu ayah hantar aku masuk asrama, dapatlah bilik. Satu bilik masatu dalam 8 ke 10 orang. Dapat pulak sebilik dengan anak kawan ayah. Syeira nama dia. Sekarang aku panggil dia baby sebab tangan dia kecil dan sehalus mulus kulit bayi. Tapi bukan itu yang aku nak cerita. Kita sambung balik ek. Lepas dah siap kemas semua, petang tu parents aku nak balik dah. Bermula la drama air mata. Nak ikut ibu balik rumah la apelah. Masatu ibu hanya bagi duit syiling berapa sen je untuk call. Malam tu aku masih ingat yang aku tak boleh tidur. Duk borak dengan budak dorm aku si Hadirah Husien. Hari-hari seterusnya aku menangis. Ke sekolah menangis. Nak tidur menangis. Masatu setiap petang ibu ayah datang visit. Hehe anak masuk asrama kerinduan la katakan. Bila dah dua tiga minggu pun ibu ayah aku dah naik malas nak layan. Asyik menangis je kerjanya. Hari-hari call. Setiap kali lepas solat lima waktu tu aku mesti turun bawah pergi public nak call ibu. Nangis nangis nangis. Masatu memang kumpul duit syiling la. Kalau takde duit syiling aku boleh menangis. Haha bila ingat balik kelakarnya lah.

Korang bayangkan penyakit homesick aku ni berlarutan sampai bulan 6. Bulan ke 7 aku call mak aku setiap hari lepas asar je. Dah move on sedikitla sis ni. Naik form 2 aku dah mula malas nak call. Tapi setiap hari Rabu memang akan call ibu lah tanya bila nak datang visit. Nak datang Sabtu ke Ahad. Haha hanim hanim. Begitu lah seterusnya hingga form 5. Masa form 3 hingga ke Form 5 tu dah jarang la nak call. Masatu macam baru nak up gitu. Nakal nakal sikit. Masatu lebih suka duduk asrama. Ada kawan nak borak. Kalau kat rumah, adik aku kecil-kecil semuanya. Bayangkanlah, aku form 6 baru adik aku naik form 1. Tapi masa form 5 tu tak tau lah kenapa hati macam sensitif. Setiap kali lepas cuti, nak balik asrama mesti nak menangis. Mungkin masatu sebab aku pegang jawatan exco asrama kot. Serius aku cakap jadi exco asrama tak boleh nak menuang. Hari-hari asyik kena panggil je. Jadi setiausaha pulak tu. Masatu tanggungjawab lebih penting so aku tak fokus dengan study. Masa dengan family pun terpaksa korbankan. Jumaat kitalah balik paling lewat. Ahad, kita lah yang kena balik paling awal. Macam tu lah cite dia. 

Dah boring ke tu baca entry aku panjang-panjang? Hello, tak habis di situ tau. 

Tanggal 26 Ogos 2017 merupakan hari pertama aku mendaftar sebagai seorang mahasiswi UKM. Dapat Kolej Keris Mas. Jom hidup Bangsa Keris sikit! Haha. Masa tu aku suruh ibu balik je. Aku nak kemas barang aku sendiri. Tapi ibu ni jenis kalau dah ada keje nak terus siap depan mata dia. Jadinya ibu pun tolong lah kemas-kemas. Pastu dah siap semua, kesian dengan ayah and pakcik aku menunggu kat luar kolej, aku pun suruh diaorg semua balik. Masatu boleh control air mata la. Seminggu aku okay je. Habis orientasi ayah amek aku balik. Nak Raya Haji katako! Next week tu balik kolej, aku okay lagi. Malam first tidur di KKM untuk minggu kedua berlaku satu insiden yang sangat merentap hati aku. Tengah tidur, roommate aku dapat call. Aku terkejut dengar suara dia terkejut. Aku just macam pasang-pasang telinga je. Lepastu roommate aku panggil, "Hanim, mak aku dah takde". Aku terus tersentap terus bangun buka lampu. Aku pergi kat dia aku suruh sabar. Aku pun tak tahu nak cakap apa selain minta dia sabar. Korang, siapa yang baca entry ni, minta jasa baik korang doakan arwah mak roommate aku ya. Terima kasih sahabat atas doa kalian. Esok pagi dia balik Johor. Sedih, bila dia sampai jenazah dah siap dikebumikan. Tapi dia ada cakap, nasib baik sebelum balik UKM haritu dia sempat peluk cium mak dia. Alhamdulillah dia puas jaga mak dia. Masatu dia takde seminggu. Aku sorang-sorang. Masatu lah aku banyak habiskan masa sakitkan diri aku sendiri dengan menangis di bilik. Masuk kelas menangis. Haha memalukan kan? Tapi itulah aku. Tak amek masa lama pun untuk aku sesuaikan diri kat sini. Aku berkawan dengan kawan roommate aku. Diaorg sempoi saja. Seronok berkawan. Sekarang dah okay. Huhu. Hanim masih homesick sebab pantang ada waktu free je aku nak balik. 

Itulah kisah homesick aku. Aku jenis tak reti berdikari, tak pandai nak uruskan diri bila jauh dengan ibu ayah. Bila aku tak boleh adapt dengan situasi baru, aku jadikan benda tu satu masalah. Aku ada masalah takut. Takut dengan sesuatu yang tak pasti. Tapi alhamdulillah semua tu sekejap je. Sekarang dah masuk sem 2 dah pun. Haha boring kan? Tapi baca sampai habis jugak. Eleh eleh.

Okaylah geng. Byeeeeeeeeeeeeeeeeeeee! 

XOXO! Hanim Anuar.

Comments

Popular posts from this blog

Tekanan Darah Rendah 💉💉💉

Badak Berendam

Girl's School 💁